Hari ni agak sibuk menyiapkan keje2 yang perlu dihantar kpd boss, menanda kertas test student (perlukan semangat sabar yg tinggi, kalau dlm keadaan marah atau unhappy dicadangkan elak menanda kertas). esok aku mula bercuti sehingga ahad dpn. So esok balik ke pekan pahang and malam satu hari raya dah balik kg gajah perak (itu hubby yg decide so aku cpt2 setuju sblm dia ubah fikiran). dikesempatan yang ada ni aku bersama suami (shahrul bahrin) dan anak2 (syakir afiq, syamil ammar) ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Ampun dan maaf dipinta segala kesalahan disengajakan atau tidak. mungkin ada yang terasa hati atau berkecil hati aduhai maafkan lah...kepada semua semoga lebaran kali ini memberi ruang unt kita mengeratkan lagi tali silaturrahim. Jemput datang ke rumah sama ada di pekan pahang, kg gajah perak , putra perdana puchong atau di sabak bernam. Kepada yang memandu balik ke kg sentiasa la berhati2 dijalan raya, semoga selamat sampai ke destinasi. salam....
Thursday, September 17, 2009
Salam Lebaran

Wednesday, September 16, 2009
Tol free ke pantai timur..ada berani???
Terdengar di radio pagi tadi pasal tol free..bior betul pkl 12 tghmlm sampai 5 pagi...nak cuba ke tak?? nak jimat RM 37 sanggup ke hubby aku bersengkang mata bwk keta?? mungkin masa tu jugak jem yang amat.. bleh sampai ke kuantan 3 jam mungkin dek kerana tol free jadi 6 jam tak ke haru dibuatnye...hhhhmmmm ntah la.Monday, September 14, 2009
alahai tudung raye aku
Thursday, September 10, 2009
senyum lah....
manusia ni memang macam2 ragam, aku sebenarnya tak amik peduli sangat ragam org2 disekeliling. tapi pagi ni aku sedikit keliru. setiap pagi dan petang aku akan amik dan hantar anak2 ke taska dan setiap kali tu la juga aku akan berjumpa dgn hamba Allah ni, setiap kali berselisih aku aku pasti akan melemparkan senyuman tapi ntah la dia ni muka asyik mencuka je nak kata penat keje...pagi ni sama jugak muka nye....'susah ke nak senyum' pikir aku dalam hati. kan senyum tu satu sedekah yang tak perlukan sesen pun..huh. teringat aku zaman blajar dulu memang ada sorang minah ni...muka memang serius je, aku dgn kekawan memang tak penah nampak dia senyum, sampaikan kawan aku kata org tak senyum ni cam muka takde rezeki..ntah la..kat sini aku kongsikan beberapa info semoga kita sentiasa tersenyum walaupun dlm berduka...tapi jgn senyum sorang2 dah la...
Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".
Wednesday, September 2, 2009
Bila dua beradik bertemu

on the way pegi pasar ramadhan....mak ana blanje aiskrim...pau la mak ana sblm dia kawin
Tuesday, September 1, 2009
jejak kasihan di pasar ramadhan
yang tengah sebok mesin tebu tu kawan aku masa skolah dulu..tokeh air tebu...malang kali ni aku tak sempat bersembang...dia byk customer....sian jebon ni( nama betol abu bakar ntah la apsal panggil jebon) bininye mengajar kat johor..