Wednesday, January 20, 2010

Aku anak jati Perak


Assalamualaikum wbt.

aku anak jati perak...dibesarkan di tepi sungai perak dlm daerah kg gajah. bersekolah hingga tingkatan 5 di negeri sendiri selepas itu berhijrah ke negeri lain menyambung pelajaran dan bekerja hingga sekarang. kampung aku cuma lebih kurang 3 km dr kg pasir salak yg terkenal dgn kepahlawanan menentang british hingga terbunuhnya JWW Birch. tempias jugak la darah pahlawan dlm diri aku ni agaknye.

Kemajuan teknologi memungkinkan apa saja dihujung jari, internet bagaikan library tersimpan pelbagai info. gugel apa saja pasti akan ketemu..skrg pulak blog tempat mencurah idea dr bercerita pasal politik, lifestyle, atau apa2 saje. baru2 ni aku rajin melayari blog seorang hamba Allah ni baca disini juga di linkkan di blog aku di bacaan santai list....kekadang tersenyum sendiri dgn gaya bahasanye..loghat Perak pekat digunakan bukan bahasa melayu standard. dalam tulisan aku memang gagal berbuat demikian..tapi dlm perbualan memang sgt suka menggunakan loghat perak terutama sekali dgn mak abah dan adik beradik. Selamat membaca!

Tuesday, January 19, 2010

Adiputra-dimana silapnya

Salam..minggu lepas (kalau tak silap) aku bersama opismates terpaku dikaca tv segmen Malaysia Hari ini melihat temuramah bersama adiputra, ibu ayah serta seorang lelaki kalau tak silap juga sbg ejen yg mengendalikan setiap ceramah motivasi beliau di seluruh negara. Temuramah lebih berkisarkan promotion ceramah motivasi beliau di sabah, paling mengejutkan aku bersama opismates promotion yg di buat oleh ibu Adiputra berkenaan dgn ubat...berpandangan la kami (terlopong tanpa kata2)..apa dh jadi kepada si cilik genius adiputra..mengapa nk jual ubat pulak? Adakah genius dlm matematik hinggakan boleh menghasilkan pelbagai jenis ubat. Nah minggu ini kita semua di kejutkan dgn berita disini. Kasihan Adiputra...siapakah yang harus dipersalahkan dlm hal begini? Oh baru aku perasan mak Adiputra dlm segmen MHI pakai tudung ala2 siti nurhaliza..sudah tukar ka??? wallahhualam

Thursday, January 14, 2010

tersentuh jiwa

Salam...2 tahun yg lepas aku amat tertarik dgn satu artikel yang tersiar ruangan bersama putri-utusan malaysia (kalau tak silap), artikel mengenai luahan jiwa itu sgt berbekas dihati hingga kan aku menggunting keratannye dan di simpan di celah almari...ntah macam mane kerana selalu sgt berpindah keratan tu hilang (silap aku juga tidah menyimpan di tempat yg plg selamat). Jenuh mencari di arkib utusan online tapi tak berhasil..nekad cari di gugel berdasarkan "keywords" akhirnye jumpa jugak. Ingin berkongsi di alam maya aku tampalkan artikel ini yg amat menarik pada hemat aku (mungkin tidak pada org lain).artikel di quote dr http://nqaseh.multiply.com/journal


Mencari Bintang Timur

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke sebuah pusat perubatan swasta di Melaka. Dia mengadu kepalanya pening, rasa mual dan badannya lenguh-lenguh. Saya tanya dia, "mengandung kut?". Dia kata tak ada. oleh kerana dua tiga hari macam tu saja, saya bawa dia Jumpa doktor dan ternyata isteri saya mengandung dua bulan. Dia akan berasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya termasuk bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya. Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.
Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai solat isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macam mana nak elakkan insomnia (gangguan tidur) yang dialaminya. Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca al-Quran di atas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap. Sekarang saya terus membaca al-Quran di sisinya sebagai ubat bagi isteri dan anak dalam kandungan. Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya.

Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab Kasyaful Mahjub. Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afa'l. Dan cerita itu kembali bercerita kepada saya. Ada yang bertanya bagaimana mahu menasihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita. Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana ?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya di waktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah minda sedar.

2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang anda ingin nasihati.

3. Semasa ibu jari di atas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah al-Fatihah. Kemudian terus dengan berzikir di dalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah putuskan zikir di dalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkannya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5. Anda akan melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insya-Allah saya doakan diri saya dan anda berjaya dalan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An-Nu'man), seseorang bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah, Tsabit, "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawap bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit ialah dia sendiri telah diasuh manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.

Logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segi empat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri. Saya ceritakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah pada rasul, para Nabi, wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.

Isteri saya sudah pun nyeyak dibuai mimpi. Saya ke halaman rumah mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil di rumah anak-anak yatim piatu yang saya bawa hingga kini. Saya bersandar di bangku marmar. Kalau isteri saya lihat pastinya dia menemani saya di sini, kami akan bercerita tentang segala-galanya. Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan di padang rumput, sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah.
Saya bertekad dalam hati, insya-Allah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih di rumah kebajikan. Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah mamanya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Oh! Janganlah tumpah lagi. Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia. Saya tidak mahu terus melayan perasaan. Segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur. Isteri saya telah pun nyeyak dibuai mimpi. Inilah bintang timur dalam hidup saya ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya, memberi harapan, keyakinan, kesetiaan dan cintanya kepada saya. Insya-Allah tidak lama lagi, akan muncul "bintang timur kecil' dalam hidup saya.

Monday, January 11, 2010

Al-kesahnye....

salam..minggu lepas rasanye minggu yang agak bz bag thn ni...aku terpaksa berulang alik ke shah alam 2 kali dlm masa 5 hari bersama2 syakir dan syamil (driving lebih kurang 2 jam). syamil sakit telinga dh hampir 3 minggu, telinganya keluar cecair tp tak pasti nanah atau hingus...sebelum ni aku dah bawak dia ke klinik tp still tak ok..bincang punya bincang dengan hubby..aku pun decite nak bawak jumpa pediatrician kt shah alam. Rabu mlm blk shah alam...khamis pagi2nye cdg nk pegi klinik tu..alahai pagi2 tgk2 tayar keta sudah pancit daaaa


so terpaksa la batalkan semua rancangan dok umah je la..

esoknye ari jumaat aku pun drive pegi klinik ADEK sek9, tayar pancit blom ganti lagi guna tayar spare(gmbr klinik adek di gugel saje tak sempat snap hujan lebat)

sampai klinik memang tak ramai2 patient so sekejap je tunggu....bagus kliniknye...bukan saja buku2 dan mainan untuk kanak2 tapi dipenuhi dgn tulisan khat di dinding, buku2 tafsir Al Quran dan hadith...semua staff bertudung litup dan sorang berpurdah...dlm bilik doktor pun diperdengar alunan ayat2 al Quran...yg membanggakan bukan saje muslim yg dtg, famili non muslim pun ada (famili india yg agaknye sudah biasa datang ke klinik ni memandangkan ank kecilnye terus berlari ke sudut mainan yg agak tersorok sementara maknye mendaftar...bermain bersama syakir n syamil). "kurangkan aktiviti swimming, itu yg menyebabkan sakit telinganye tak pulih" pesan doktor. huhuhu...camne lak nasihatnye sama cam nasihat abah aku je..mmg berkali2 abah pesan jgn selalu sgt bwk bbudak2 tu berenang..nasihat doc aku ikut..tapi nasihat abah yg terdahulu aku buat dono je...sori abah huhuhhu

habis aktiviti di klinik dh kol 11pg...bwk syakir n syamil makan...dan terus bergegas tukar tayar kt kedai yg btol2 dpn kilang tmpt aku keje dulu ( nyorok2 skit takot ade ex opismate yg nampak pjg lak citer nye)...sowyy syamil...mama rasa pot ni la paling aman untuk syamil zzzzzzzz)..... al-kesahhhhhhnyeeeeee