Wednesday, June 30, 2010

Tahniah Rida!

Ahad lepas berkesempatan menghadiri kenduri kawin rida di Senggarang Batu pahat...meriah sangat maklum la terima menantu pertama. bertolak pkl 11 pg dr shah alam tiba lebih kurang pkl 2.30 ptg tetamu masih ramai. Asmarida aku kenal lebih 10 thn. Satu kelas masa diploma dan degree....separuh dr rahsianya dlm tangan aku...hampir 70% rahsia aku dlm tangan nye..hehehe (mungkin aku lbh bterus terang). Rida seorg yg agak "kasar" dlm penampilan..lebih tepat gaya ala2 tomboy yg pakai tudung..sering aku dan kekawan yg lain mengusik.."jgn pakai lipstick la nanti mcm bapuk siam"...gaya jln mcm robot takde ciri kewanitaan langsung. Tapi itu mungkin dulu zaman belajar..teruja unt melihat penampilan skrg apatah lg aku agak terkejut bila rida nk mendirikan rumahtangga. aku antara kawan yg penah rekemenkan rida pada laki2 yg dianggap baik tp ditolak mentah2 so teruja sgt nk tau siapa la yg melentur rida menjadi perempuan melayu kembali...yang paling hot nye rida melangkah bendul bukan satu atau dua..tp 7 bendul skali dia langkah..5 kakak 2 abang(kalau tak silap)
kepada rida semoga bahagia hingga ke akhir hayat, menjadi isteri yang solehah. remember marriage is understanding..cewahh

terserlah keayuan...turns 360 degrees..amazing!! bravo rida

tema hijau? bkn ko suka hitam ke?

on the way blk singgah kt gerai putu bambu femes kt air hitam..memang sedap

syakir pun suka

Wednesday, June 23, 2010

kasihku berubah

au revoir fran├žais (selamat tinggal Perancis)....kerana france dh terkeluar..hati aku beralih arah pada Argentina pulak..bleh ke gitu....viva Argentina!!!!

Wednesday, June 16, 2010

Aduyaiii Syamil!!!


Syamil memang anak yg tak reti duduk diam...mungkin hanya masa tidur adalah masa rehat...masa lain untuk main. Syamil lebih independent dr yop syakir..tak takut org..cepat mesra..mungkin ada benarnye kata org anak kedua lebih aktif dan agresif. Sikapnya yg tak duduk diam membuatkan aku jrg menerima ajakan kekawan yg acapkali menjemput kerumah, atau ke majlis makan2..alasan aku sukar mengawal anak2 terutama syamil...takut merosakkan majlis selalunya menolak jemputan jika suami tak turut serta. sehingga la satu hari rakan menegur.." budak2 memang la macam tu tak duduk diam..kalau diam je tak aktif lain pulak jadinya". Btol jugak....semenjak itu aku biarkan dia bermain...biar dia meneroka alamnya aku juga bawak ke majlis antaranya mkn mlm student final year..walaupun tak senang duduk dan tak senang makan ( syamil hampir jatauh dlm longkang ketika ligat bermain kejar2 dgn rakan sebaya..sempat aku menyambar tangannya).


amat manja dgn abah....dalam LRT on the way ke KLCC
semalam memang aku tak dapat menahan kemarahan syamil telah membuat onar semasa aku sedang khusyuk solat maghrib....dia telah memecahkan sesuatu





berderai sebelah pintu kabinet tv...gambar diambil setelah membersihkan sisa kaca


ok..apa aku nk buat ni....yang sebelah ni terpaksa aku cabut....menutup keadaan


sebagai hukuman aku tak menolong dia...biar dia menangis


rasa nak biarkan di situ selama yg boleh...biar dia belajar dari kesilapan...tapi hati ibu mana yg sanggup melihat anak tersepit begitu (walaupun kesilapan syamil sendiri). Semoga Syamil menjadi anak yg baik...tak nakal2...menyenangkan hati mama dan abah...menjadi anak yg soleh semestinya..AMIN

Tuesday, June 15, 2010

hepi bday syakir

Hari ni hari jadi syakir yang ke-4. Syakir dh pandai nk sambut bday..dh pandai nk kek mungkin byk belajar dari rakan2 kt taska. Menempah sebiji kek untuk syakir ahad lepas terus bawa ke sabak bernam. Terima kasih mak Ana yang buat kek blueberry mabeles sedap. Hari jadi hari ni tapi sampai smlm separuh kek dah abis.


menunggu kek di packing oleh mak ana tak sabar nak makan

sempat possing...

aikkk kenapa ada jersi chelsea lak kt kek...ini boleh menimbulkan kemarahan abah peminat setia ManU.

sesampai di hotel sabak..memang btol2 tak sabar

potong kek dgn abah

semoga syakir sentiasa menjadi anak yg soleh, org yang berilmu, diberi kesihatan yang baik dan dapat membahagiakan semua org insyaAllah

Tuesday, June 1, 2010

Biarlah gambar ni berbicara.....











Berita semalam di sini amat menyayat hati....Ya Allah kau hancurkan lah bangsa yahudi israel dan sekutu2nya...Kau berikanlah kekuatan pada Misi Bantuan Palestin untuk menghadapi dugaan yang amat hebat ini. Ya Allah berikan jua kekuatan iman dan kemenangan kepada rakyat Palestin...kurniakan mereka syurga Mu di pengakhiran nanti...Amin