Wednesday, June 16, 2010

Aduyaiii Syamil!!!


Syamil memang anak yg tak reti duduk diam...mungkin hanya masa tidur adalah masa rehat...masa lain untuk main. Syamil lebih independent dr yop syakir..tak takut org..cepat mesra..mungkin ada benarnye kata org anak kedua lebih aktif dan agresif. Sikapnya yg tak duduk diam membuatkan aku jrg menerima ajakan kekawan yg acapkali menjemput kerumah, atau ke majlis makan2..alasan aku sukar mengawal anak2 terutama syamil...takut merosakkan majlis selalunya menolak jemputan jika suami tak turut serta. sehingga la satu hari rakan menegur.." budak2 memang la macam tu tak duduk diam..kalau diam je tak aktif lain pulak jadinya". Btol jugak....semenjak itu aku biarkan dia bermain...biar dia meneroka alamnya aku juga bawak ke majlis antaranya mkn mlm student final year..walaupun tak senang duduk dan tak senang makan ( syamil hampir jatauh dlm longkang ketika ligat bermain kejar2 dgn rakan sebaya..sempat aku menyambar tangannya).


amat manja dgn abah....dalam LRT on the way ke KLCC
semalam memang aku tak dapat menahan kemarahan syamil telah membuat onar semasa aku sedang khusyuk solat maghrib....dia telah memecahkan sesuatu





berderai sebelah pintu kabinet tv...gambar diambil setelah membersihkan sisa kaca


ok..apa aku nk buat ni....yang sebelah ni terpaksa aku cabut....menutup keadaan


sebagai hukuman aku tak menolong dia...biar dia menangis


rasa nak biarkan di situ selama yg boleh...biar dia belajar dari kesilapan...tapi hati ibu mana yg sanggup melihat anak tersepit begitu (walaupun kesilapan syamil sendiri). Semoga Syamil menjadi anak yg baik...tak nakal2...menyenangkan hati mama dan abah...menjadi anak yg soleh semestinya..AMIN

2 comments:

  1. Ni boleh charge kes dera ni.

    Tlg nak tumpang blogroll http://mustafayunos.wordpress.com/

    ReplyDelete
  2. k.asiah...wahh bestnye dpt bace blog k.asiah...heppy je, dah besa syamil...syakir maintain je

    ReplyDelete