Tuesday, May 5, 2009

bingkisan seorang teman





Lewat petang semalam aku dikejutkan dengan panggilan dari teman lama...memang agak lama dia menyepi...semenjak habis saje belajar aku jarang mendengar berita dari dia...majlis perkahwinan aku pun dia ni tak dtg. Lama kami bersembang, semuanya berkisar pada aktiviti lepas habis belajar...rupa-rupanya dia sedang sakit (sakit misteri-kdg2 pengsan tanpa diduga). sekarang dia tinggal dirumah keluarga tanpa keje tetap, kesian aku mendengar citer dia, pada aku kawan aku ni org yang sangat bijak...bersekolah di Alam Shah...antara best student PMR, tamat diploma dia tak berdaya untuk keje apatah lagi menyambung pelajaran, kisah perjalanan pengajian dia ni hampir sama dengan aku...jatuh bangun dia dalam pelajaran mirip benar dia dengan aku...cumanya aku menyambung pengajian ijazah tetapi dia tidak. Tapi aku cukup kagum dr riak percakapannye semua positif tidak aku dengar pun nada2 putus asa apatah lagi menyalahkan takdir, cuma agaknya dia sedikit kecewa kerana terpaksa menolak tawaran kerja yang sentiasa datang. Dihujung bicara aku memberi kata-kata perangsang, "semoga dia lebih tabah" doa aku dlm hati selesai meletak telefon.



No comments:

Post a Comment