bersatu kembali...
lama betul tak update blog ni..kalau sebuah rumah dah lama berhabok, bersarang dan bertikus. Terlalu byk cerita/ perkara berlaku selepas raya puasa yg lps. Semuanya terlalu pantas sampai tak smpat merakamkan semuanya.
Seminggu selepas raya aku berkursus di genting 2 minggu, hari berbunga gembira anak2 boleh tinggal bersama abahnya dan tak perlu berulang ke sabak selama 2 minggu. suasana indah/damai di genting (institut aminuddin baki) amat menyeronokkan. berkursus 2 minggu seperti pegi bercuti rasanya. "aku dengar ko dpt pindah banting" suara rakan sekerja dihujung talian membuat aku tergamam. sikap kawan aku yg suka bergurau ni membuatkan aku kurang percaya. mana mungkin baru je check online result pindah tak keluar lg...biar betol. Atas rasa tak percaya aku pantas mendail no politeknik banting. "mmg ad kemasukan pensyarah baru" nama aku di sebut. "bleh sebutkan skali ic skali" aku masih tak percaya. 7805....-08..bla bla....mmg sah aku dapat pindah.....
belakang tu bukan jerebu yek
Institut Aminuddin Baki dari asrama ke kelas 104 anak tangga beb!!
bersama rakan sekursus
pemandangan dari asrama penginapan..subhanallah
sempat jalan2 naik genting
Segalanya berputar kembali....bukan sedikit usaha untuk berpindah kembali bersama suami, membawa 2 anak turun naik di jabatan politeknik di seri kembangan amat memeritkan. masih aku ingat senyum sinis pegawai bertugas bila aku membawa anak2 bersama...mungkin padanya aku ingin menarik simpati padahal nk tinggalkan anak pada sape bila suami pun kekurangan cuti. Bukan sedikit masa, tenaga dan wang ringgit ditabur di tgh jalan."tuan hj doakan saya dpt pindah masa depan kaabah nanti ye" pinta aku pada salah sorang boss yg menunaikan umrah bln puasa. Alhamdullilah Allah memakbulkan permintaan ini. Segalanya terlalu pantas, mencari rumah, taska unt anak2, proses memindah barang dimudahkanAlah.. tak terhingga rasa bersyukur.
Pengalaman begini banyak memberi iktibar pada aku..terlalu banyak sehinggakan aku dapat merasakan Allah ingin menjadi aku lebih kuat, lebih tabah, tak terlalu bergantung pada org lain
dan selebihnya biar aku sahaja yg tahu.
kini semuanya kembali bermula, dilembaran baru, persekitaran baru dgn azam yg baru. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan menjaga keluarga, terutama anak yg semakin membesar. Kepada rakan2 yg masih berjauhan dgn pasangan dlm hati aku sentiasa berdoa suatu hari nanti mereka juga dpt mengecapi kebahagian yg diidamkan..insyaAllah.
ehh periuk pun kena beli baru sbb tak tau la dh tertinggal kt johor tak pun kt sabak bernam
No comments:
Post a Comment