Agak lama aku berusaha untuk posting cerita ini...aku sebenarnye masih terkejut, tak percaya dan selebihnya rasa sedih yang amat sangat. Nurzihanie (nozi) sahabat baik aku masa di MFI thn 2000-2003. aku satu bilik dgn dia dr thn pertama diploma sampai la thn akhir... rabu 29/07/09 aku dikejutkan panggilan dr kecik " kak yah nozi dah meninggal accident kete terbakar pagi tadi"..aku tergamam..mmg tak ade kata2...aku mengharapkan kecik cuma main2 cuma nak mengenakan aku. Benar nozi dah takde...kemalangan ngeri ketika dlm perjalanan ke tmpt kerja di cyberjaya begitu memilukan..aku tak berkesempatan memberi penghormatan terakhir kerana jauh di sabak bernam...balik je ke puchong jumaat lepas aku bergegas ke rumah keluarga arwah di Kajang...melihat anak arwah nozi Irfan aku tidak dapat menahan air mata...umurnya sebaya syamil....bila merenget panggilan mama yang keluar dari mulut kecilnya..aduh sebaknye..nozi sahabat yang sangat baik..riang, peramah juga pendengar setia, aku banyak berkongsi cerita dengan arwah. " kak yah dah dapat pindah ke?" sms terakhir dr nozi seminggu sblm dia meninggal aku baca tanpa membalas (ketika tu aku dh tidur..esoknya aku langsung terlupa nak balas)..terkilan..salah aku...sehingga hari ini masih terngiang2 suara nozi...dan sehingga hari ini airmata masih bergenang bila teringatkan dia.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman Amin....al-fatihah.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman Amin....al-fatihah.
CYBERJAYA: Menyayat hati apabila seorang wanita yang cuba menyelamatkan diri keluar dari kenderaannya yang terbakar ditemui rentung selepas gagal berbuat demikian dalam kemalangan berhampiran persimpangan lampu isyarat di Jalan Persiaran Apec, di sini, semalam.Dalam kejadian jam 8.25 pagi, mayat mangsa, Nurzihanie Shafie, 27, ditemui rentung di pintu kanan tempat duduk belakang dipercayai cuba menyelamatkan diri.Malah, lebih memilukan mangsa yang bekerja sebagai pembina laman web di sebuah syarikat yang terletak kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian itu dikatakan baru habis pantang.Ketua Trafik Selangor, Superintendan Che Hussin Omar, berkata siasatan mendapati mangsa yang memandu sebuah kereta Proton Gen.2 dari arah Sri Kembangan ke Cyberjaya terbabas ke kiri jalan dan melanggar pokok kelapa sawit sebelum berpusing beberapa kali dan masuk ke laluan sama.“Pada masa sama sebuah Proton Wira dipandu seorang wanita berusia 30-an gagal mengelak sebelum merempuh kenderaan mangsa.Akibat perlanggaran itu, kereta dinaiki mangsa terbakar dan orang ramai yang cuba menghulurkan bantuan kepada mangsa gagal,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.Satu jentera Bomba dan Penyelamat turut dikejarkan ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.Che Hussin berkata, mayat mangsa ditemui di tempat duduk belakang dan pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa cuba menyelamatkan diri sejurus nahas.“Polis juga tidak menolak kemungkinan kenderaan itu dipandu laju sebelum terbabas berdasarkan beberapa kesan brek di tempat kejadian.“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat manakala pemandu Proton Wira dikejarkan ke Subang Jaya Medical Centre (SJMC) kerana trauma akibat kejadian itu,” katanya menambah mangsa tinggal di Seri Kembangan.Akibat kemalangan itu, kesesakan teruk hampir lima kilometer berikutan kejadian berlaku pada waktu puncak dan orang ramai berpusu-pusu ke tempat kerja.
takziah kepada keluarga allahyarham. sebak jugak baca. apalah nasib anak dia yg masih kecil lagi..sedihhhnyaa
ReplyDeleteal-fatihah ... semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.. amin
ReplyDeletesedih sangat..Allah lebih sayangkan dia
ReplyDeleteSalam takziah buat family k'nozi..masih terngiang2 suara dia bercerita dgn k'yah wkt kat mfi dulu...
ReplyDelete