Thursday, November 26, 2009

salam eidul adha


salam..
di opis suasana dh sunyi, hampir semua student dan staff dh mula bercuti...aku masih mengadap pc dan menyiapkan beberapa tugasan yang kena anta minggu dpn...malam ni baru aku bertolak balik ke perak bersama famili. jarang benar mendengar takbir raya dlm perjalanan pulang ke kg..tapi takde hal jarak nye cuma 1 jam perjalanan..ni pun lambat balik sbb menunggu hubby aku yg dr port klang..

semperna hari raya eidul adha ini marilah sama-sama kita menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Apa pula pengorbanan kita sebagai hamba Allah??

Juga selamat menjalani puasa sunat pada hari ini semoga ibadah kita dikurniakan pahala berlipat ganda. insyaAllah...

Monday, November 23, 2009

berehat dikampung (part 2)

weekend baru2 ni aku and family balik kg macam biasa, musim durian dah nak kepenghujung...mak dan abah memang seronok sangat bila cucu2 balik. terpancar diwajah dan cara mereka melayan cucu2. dan masa ni la syakir mintak apa yang aku jarang bagi..terutama gula2 lolipop yang tak pernah aku beli ( dgn atok syakir dapat 3 lolipop tiap kali pegi kedai). jom layan gambar2 yang sempat diambil...gambar mkn durian takde..takde sape nk tolong snap.


bangun awal pagi ingatkan nak ikut atok pegi kedai kopi...rupa2nye kena kutip durian dulu


sebok pilih durian yang mana nk dimakan


tak pasti apa yang disembangkan oleh syakir dan opah

Monday, November 9, 2009

berehat di kampung

salam....
seronoknye menghabiskan masa hujung minggu di kampung...tambah2 lagi skrg ni musim durian memang tengah rancak tapi malang takde gambar sebagai bukti mkn durian..tak sempat nk snap. so attached gambar skit je ... ape2 layan je la


tokeh durian (pandangan dari jauh..sukar didekati sbbb penat)

sesi 'study' dgn atok (atok cool je tak garang macam dulu2 check buku latihan)

membawa mak dgn abah makan dilokasi yg dirahsiakan (taknak promote sbb lain yg order lain yg dapat..blacklist!!!)

org lain jgn jeles dgn syakir tau....hehehehe

Thursday, November 5, 2009

tempat jatuh lagi dikenang...

tempat jatuh lagi di kenang...inikan pulak tempat makan....sempoi tak peribahasa tu? petang2 camni....cuaca pun redup ala-ala mendung...cepat nor laparnye..sedap kalu pekena mee rebus ni..ntah cam mane terlintas lak dipikioran mee rebus haji wahid (pasir gudang). memang syok btol mkn mee rebus..dan selalunye pegi kedai tu mesti masa hujan yang rintik2 dan kekadang mendung. "huh!! batalkan aje angan2 nak mkn mee rebus aji wahid...takkan nak pegi pasir gudang semata2" tetiba mcm terngiang2 je suara hubby menentang hasrat murni aku ni. ok takpe takpe....gugel "mee rebus haji wahid".......taraaaa..rupa2nye kat sini pun ade. serius sedap tak tipu. jom pi try minggu dpn. nak kt mana putrajaya, s alam atau sri hartamas??


Sekiranya Anda ke Johor Bahru, singgahlah ke Food Court Plaza Angsana untuk merasakan sajian khas dari Johor Bahru iaitu Mee Rebus Haji Wahid.
Mee Rebus berharga RM3.50 sepinggan itu diadun khas dengan keropok, tauge, telur pindang, potongan lada hijau, taburan bawang goring disulami dengan perahan limau nipis sekiranya mahu. Apa yang menyebabkannya istimewa ialah adunan mee kuning dan tauge yang disirami dengan kuah pekatan kentang

Keluarga Haji Wahid memulakan usaha ini sejak 1919. Ia Bermula sejak tiga generasi lalu dari Basid Ali Karam Ali - Wak Baidali yang menjual mee rebus setiap hari dengan menggunakan kandar dua keranjang rotan yang dipikul di sekitar Bukit Zaharah dan Kampung Air Molek.
Pada 1938, anaknya Haji Wahid Basid Ali mengambialih tugasnya dan menjadi satu-satunya penjual mee rebus di antara penjual sate di Satay Club, di seberang stasiun KTM Johor Bahru.
Pada 1978, Haji Wahid berpindah ke terminal bus Jalan Terus sementara anaknya Haji Halim, membuka kedai Mee Rebusnya pada sebelah petang di Tepian Tebrau
Gerai Mee Rebus di Plaza Angsana dibuka pada tahun 1997.
Tujuh daripada 12 anak Haji Wahid dan dua cucunya melanjutkan perniagaan ini di Taman Rinting, Larkin Market food Court, Kampung Melayu dan di sebelah masjid Kolam Air. Cawangan di luar Johor yang diusahakan oleh anak-anak Haji Wahid ialah di Presint 9,Putrajaya di bawah pengurusan Zainal, di Section 24 Shah Alam oleh Yassin yang dahulunya berniaga di Tepian Tebrau, JB, dan di Sri Hartamas yang diusahakan oleh Nasir yang dahulunya berniaga di Komplek Kotaraya, J.Bahru.
quote dr :makan2jalan2.blogspot.com

Monday, November 2, 2009

happy b'day Syamil


salam..
hari ni syamil dah setahun...macam baru lagi rasa dok 3 hari di HUKM sblm melahirkan dia. tak ade majlis unt syamil cuma anta kek kat taska aje (gambar kek lupa nak snap pagi tadi syamil dan syakir buat perangai..kelam kabut skit), tapi abah janji nak belikan syamil basikal macam yop syakir. semoga Allah memanjangkan umur syamil, memberi kesihatan yang baik serta menjadi anak yg soleh..insyaAllah amin.