Thursday, November 5, 2009

tempat jatuh lagi dikenang...

tempat jatuh lagi di kenang...inikan pulak tempat makan....sempoi tak peribahasa tu? petang2 camni....cuaca pun redup ala-ala mendung...cepat nor laparnye..sedap kalu pekena mee rebus ni..ntah cam mane terlintas lak dipikioran mee rebus haji wahid (pasir gudang). memang syok btol mkn mee rebus..dan selalunye pegi kedai tu mesti masa hujan yang rintik2 dan kekadang mendung. "huh!! batalkan aje angan2 nak mkn mee rebus aji wahid...takkan nak pegi pasir gudang semata2" tetiba mcm terngiang2 je suara hubby menentang hasrat murni aku ni. ok takpe takpe....gugel "mee rebus haji wahid".......taraaaa..rupa2nye kat sini pun ade. serius sedap tak tipu. jom pi try minggu dpn. nak kt mana putrajaya, s alam atau sri hartamas??


Sekiranya Anda ke Johor Bahru, singgahlah ke Food Court Plaza Angsana untuk merasakan sajian khas dari Johor Bahru iaitu Mee Rebus Haji Wahid.
Mee Rebus berharga RM3.50 sepinggan itu diadun khas dengan keropok, tauge, telur pindang, potongan lada hijau, taburan bawang goring disulami dengan perahan limau nipis sekiranya mahu. Apa yang menyebabkannya istimewa ialah adunan mee kuning dan tauge yang disirami dengan kuah pekatan kentang

Keluarga Haji Wahid memulakan usaha ini sejak 1919. Ia Bermula sejak tiga generasi lalu dari Basid Ali Karam Ali - Wak Baidali yang menjual mee rebus setiap hari dengan menggunakan kandar dua keranjang rotan yang dipikul di sekitar Bukit Zaharah dan Kampung Air Molek.
Pada 1938, anaknya Haji Wahid Basid Ali mengambialih tugasnya dan menjadi satu-satunya penjual mee rebus di antara penjual sate di Satay Club, di seberang stasiun KTM Johor Bahru.
Pada 1978, Haji Wahid berpindah ke terminal bus Jalan Terus sementara anaknya Haji Halim, membuka kedai Mee Rebusnya pada sebelah petang di Tepian Tebrau
Gerai Mee Rebus di Plaza Angsana dibuka pada tahun 1997.
Tujuh daripada 12 anak Haji Wahid dan dua cucunya melanjutkan perniagaan ini di Taman Rinting, Larkin Market food Court, Kampung Melayu dan di sebelah masjid Kolam Air. Cawangan di luar Johor yang diusahakan oleh anak-anak Haji Wahid ialah di Presint 9,Putrajaya di bawah pengurusan Zainal, di Section 24 Shah Alam oleh Yassin yang dahulunya berniaga di Tepian Tebrau, JB, dan di Sri Hartamas yang diusahakan oleh Nasir yang dahulunya berniaga di Komplek Kotaraya, J.Bahru.
quote dr :makan2jalan2.blogspot.com

3 comments:

  1. amboi..promote nampak....banyak hj wahid bagi % kat akak..hehe

    ReplyDelete
  2. mane tau pegi restoran aji wahid nanti dpt mkn free

    ReplyDelete