Semoga Allah memberi kekuatan pd syakirah, dimuliakan dunia akhirat...juga semoga Allah merahmati roh suaminya dan ditempatkan dikalangan org yg beriman. amin...al-Fatihah
Monday, May 17, 2010
tabah la Kirah....
"Kirah, takziah" sambil mencium kedua pipinye, aku menahan air mata..sebak. Syakirah tersenyum sedikit menahan sebak juga "doakan saya tabah kak". aku tak sampai hati bertanya lebih lanjut cuma memegang tangannye sekejap dan berlalu membawa haluan aku ke opis dia ke kereta bersama kawan. Syakirah rakan sekerja tetapi lain jabatan. peristiwa mengejutkan 3 minggu lalu suaminya maut kemalangan ngeri dlm perjalanan pulang dr Sabak Bernam ke Nilai dikala subuh kira2 pkl 6 pg hari isnin amat memilukan. Ketika kejadian suami aku pun di waktu yg sama bertolak dr sabak bernam ke tempat keje di port klang melihat kemalangan berlaku. Syakirah seperti aku berjauhan dgn suami..hari minggu saja dpt bersama...lebih memilukan dia mengandung anak pertama 3 bln..aduh sebaknya....masih teringat aku pertengahan November thn lepas, aku dan Syakirah antara staff yang berkursus di muar...dlm bas semasa perjalanan pulang ke sabak bernam dia menghulurkan kad jemputan kawin. itu la ketentuan Nya...perkahwinan yg cuma 6 bln...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment