Thursday, September 17, 2009
Salam Lebaran
Hari ni agak sibuk menyiapkan keje2 yang perlu dihantar kpd boss, menanda kertas test student (perlukan semangat sabar yg tinggi, kalau dlm keadaan marah atau unhappy dicadangkan elak menanda kertas). esok aku mula bercuti sehingga ahad dpn. So esok balik ke pekan pahang and malam satu hari raya dah balik kg gajah perak (itu hubby yg decide so aku cpt2 setuju sblm dia ubah fikiran). dikesempatan yang ada ni aku bersama suami (shahrul bahrin) dan anak2 (syakir afiq, syamil ammar) ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Ampun dan maaf dipinta segala kesalahan disengajakan atau tidak. mungkin ada yang terasa hati atau berkecil hati aduhai maafkan lah...kepada semua semoga lebaran kali ini memberi ruang unt kita mengeratkan lagi tali silaturrahim. Jemput datang ke rumah sama ada di pekan pahang, kg gajah perak , putra perdana puchong atau di sabak bernam. Kepada yang memandu balik ke kg sentiasa la berhati2 dijalan raya, semoga selamat sampai ke destinasi. salam....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kami sekeluarga begitu jua. SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN. dr mai, amin, haziq & alia.
ReplyDeletewani, esok keje ke? kim salam kt staff jkm, windu la kt semua...windu kt bengkel gegas...huhuhu..aktiviti kt bengkel gegas on lagi ke?
ReplyDelete