Monday, October 25, 2010
serba baru
Wednesday, August 11, 2010
Marhaban Ya Ramadhan
Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua. Azam aku Ramadhan aku tahun ni adalah nya meningkat kn lagi amalan ibadat (solat2 sunat pastinya), berjimat cermat, mengawal pemakanan (masa yg baik untuk mendisplinkan diri). Yang paling aku ingin tingkatkan dlm bln Ramadhan ni aku nak memperbanyakkan sedekah. Semoga Allah mempermudahkan segala yg aku lakukan insyaAllah. disini aku kongsikan kisah yg boleh kita jadikan teladan
Bersedekahlah kalian kerana sedekah dapat membebaskan daripada api neraka." (hadith riwayat at-Thabrani)Sesiapa yang meminta dengan keredhaan Allah lalu dia memberi, maka ditulis baginya 70 kebaikan. (hadith riwayat Ibnu Adi)
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah SAW berkata, "Allah menjelaskan kepadaku, 'Berinfaklah kamu supaya Aku berinfak kepadamu.'Seterusnya Rasulullah SAW berkata, 'Pemberian Allah selalu cukup dan tidak pernah kurang walaupun mengalir siang dan malam. Pernahkah kamu terfikir sudah berapa banyak yang dinafkahkan oleh Allah sejak terciptanya langit dan bumi? Apa yang ada di tangan Allah tidak akan berkurang. Arasy-Nya di atas air sedangkan di tangan-Nya maut selalu naik turun." (hadith riwayat Muslim)
Suatu hari, Abdurrahman bin Auf, saudagar kaya-raya datang bersama seorang kafilah dagang yang terdiri daripada ratusan orang. Mereka membawa biji gandum, minyak, kurma, pakaian dan pelbagai keperluan asas lainnya. Penduduk kota keluar berduyun-duyun menyambut kedatangan rombongannya. Ada antara pedagang-pedagang itu menjual barang-barang mereka dengan harga yang mahal. Tetapi dengan lembut, Abdurrahman berkata, "Demi zat yang diriku ada di tangan-Nya, aku tidak akan menjual baranganku kepada kamu semua. Kerana Allah yang akan membelinya dengan memberikan keuntungan yang lebih besar." Lalu dia memetik surah Al-Baqarah ayat 261 yang menegaskan harta yang dinafkahkan pada jalan Allah bagaikan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai. Pada setiap tangkai terdapat 100 biji. "Oleh itu, aku bersaksi di hadapan Allah dan malaikatnya, dagangan ini aku infakkan ke jalan Allah tanpa mengharapkan keuntungan satu dirham ataupun satu dinar pun," tambahnya.Maka, berduyun-duyunlah fakir miskim datang meminta sedekah.
Dalam sebuah hadis, disebutkan Abdurrahman dijamin masuk syurga. Ternyata walaupun barang dagangannya sering disedekahkan, dia tidak pernah jatuh miskin. Malah, harta yang disedekahkan itu bukannya semakin berkurang, tetapi semakin bertambah. Perkara ini sudah dijamin oleh Allah sebagaimana yang disebutkan dalam ayat yang dipetik oleh Abdurrahman itu. Bukan itu sahaja, sedekah juga dapat memadamkan kemurkaan Allah.
Rasulullah SAW berpesan, "Sungguh, sedekah dapat memadamkan kemarahan Allah seperti air memadamkan api.
"Di tempat yang lain pula, apabila pulang dari rumah Rasulullah SAW, Ali menemui Fatimah, isterinya, "Wahai wanita mulia, apa kamu mempunyai makanan untuk suamimu?""Aku tidak mempunyai apa-apa,"jawab Fatimah lembut."Salman memberi aku enam dirham sebagai upah memintal. Aku akan belikan makanan untuk Hasan dan Husin."Biar aku sahaja yang pergi membeli. mana duitnya?" tanya Ali.
Di tengah jalan, Ali bertemu lelaki yang mengatakan, "Siapa yang mahu meminjami Tuhan yang Maha Pengasih dan selalu menepati janji?" Tanpa berfikir panjang, Ali menyerahkan duit enam dirham itu kepadanya dan pulang dengan tangan kosong.
Si isteri yang mengetahui perkara itu hanya mampu menangis."Wahai wanita mulia, kenapa kamu menangis?""Ali, kamu pulang tanpa membawa sesuatu?""Aku meminjamkan duit itu kepada Allah.""Baiklah kalau begitu. Aku menyokong tindakan kamu."Tidak lama kemudian, Ali berangkat meniggalkan rumah kerana mahu menemui Rasulullah SAW. Di tengah jalan, dia dihampiri lelaki Badwi yang sedang menuntun unta. "Abu Hasan, belilah unta ini.""Aku tidak ada duit," jawab Ali."Kamu boleh membayarnya bila-bila masa sahaja.""Berapa harganya?" tanya Ali."Tidak mahal. Seratus dirham sahaja.""Baiklah, aku beli," kata Ali, yang kemudiannya meneruskan perjalanannya sambil menuntun unta itu. Baru beberapa langkah dia berjalan, seorang Badwi lain menghampirinya. "Kamu mahu menjual unta itu?" tanya Badwi itu."Ya.""Berapa harganya?""Tiga ratus dirham.""Baiklah, aku beli," kata Badwi lalu mengambil tali pengikat unta dan memberikan 300 dirham kepada Ali. Ali segera pulang ke rumah lalu menceritakan kisah itu kepada Fatimah."Apa yang kamu bawa itu?" tanya Fatimah."Wahai puteri Rasul, aku membeli seekor unta berharga seratus dirham dan bayarannya boleh dibayar kemudian. Unta itu kemudiannya aku jual dengan harga 300 dirham.""Subhanallah," kata Fatimah.
Selepas itu, Ali segera pergi menemui Rasulullah SAW di masjid. Melihat Ali memasuki masjid, baginda tersenyum."Abu Hasan, tahukah engkau siapa Badwi yang menjual unta dan Badwi yang membeli unta tadi?" tanya Rasulullah SAW."Tidak,"jawab Ali sambil menggelengkan kepalanya, "Allah dan Rasul-Nya lebih tahu.""Berbahagialah kamu. Kamu meminjamkan enam dirham kepada Allah. Allah memberi kamu 300 dirham,"kata Rasulullah SAW. Baginda menyambung lagi,"Badwi yang pertama adalah Jibrail dan yang kedua adalah Mikail.
Friday, July 30, 2010
MC di kampung
minggu ni 2 hari aku mc..gara2 tak sihat badan dan tak cukup tidur menjaga Syamil yg demam+batuk+selesema hampir 4 hari (hingga hari ni syamil masih demam). Dapat saja MC 2 hari dr klinik sg besar aku pun memecut kereta blk kg. syakir la org yg paling gembira dpt bertemu lg dgn basikal kesayangan (mama pun gembira dpt jumpa mak abah kesayangan hehehe).
Syakir memang suka sgt durian..bila atok belikan 2 biji durian senyum syakir sampai ke telinga..
"mama nak nasi durian" aikk bila masa pulak dh tau nk makan nasi durian ni..kira dh bleh masuk geng org perak la ni. So disenja2 kala aku pun ke dapur la masak pulut tanpa di bantu oleh mak (mak bg arahan je la ni)
oleh kerana atok dh pegi masjid..terpaksa la aku menunjukkan bakat terpadam ehhh tependam mengopek durian atau deroyan kate org perak
lepas kaki..tangan pulak menerpa...ishhh tak sabor2
macam mane syakir ni tau campuran nasi durian ni kompius aku
Wednesday, July 21, 2010
mahu di kongsi bersama
aku amat tertarik dgn website hamba Allah ni..sebenarnya beliau merupakan opismate aku..orgnya simple..aku tau website ni pun dr rakan2 yg lain dalam diam aku mengkagumi tulisannya..ceritanya ada isi bukan picisan..lalu kadang2 menanti entry beliau seterusnya. perkara yg baik harus dikongsi bersama justeru jgn lupa klik disini . Semoga Allah memberi pahala berlipat ganda atas usaha beliau ini insyaAllah.
kartun ini takde kene mengena dgn entry di atas harap maklum
Mat Bunga
setiap kali perjalanan balik ke hotel memang ini la aktiviti Syamil...jalan kaki di koridor bawah hotel yg mengambil masa cuma beberapa saat boleh melebihi 5 minit bila syamil leka membelek bunga jejarom, memetik langsung membuangnye ke tanah...syamil..syamil
dah nk gondol pokok bunga tu...hilang la seri nanti...jom syamil...mama byk keje lg ni..nak mandi solat, makan tengok drama ilusi...bla bla..tepon abah..bla bla..tengok buat dekk je syamil ni
Wednesday, July 7, 2010
Jom jaga kesihatan
Menjaga kesihatan bukan lah sesuatu yg membebankan...tak percaya sebagai permulaan cuba elakkan makanan yg tinggi kandungan gula...mesti boleh punya..semoga kita diberi kesihatan yg baik insyaAAlah
Diantara diantara kesan pengambilan gula berlebihan..seramkan???? (sebenarnya ada beratus lg kesan bahaya..selebihnya sila tanya gugel ye tuan2 puan2)
1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2.Merosakkan gigi
3.Penyumbang utama kegemukkan
4. Penyumbang kepada sakit kencing manis
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
6. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
7. Merosakkan buah pinggang
8. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)
9. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)
Ini yang seharusnya dimakan tetapi bukan semua yg dibawah. untuk makluman setiap kiub gula bersamaan dgn satu sudu penuh gula
Wednesday, June 30, 2010
Tahniah Rida!
kepada rida semoga bahagia hingga ke akhir hayat, menjadi isteri yang solehah. remember marriage is understanding..cewahh
Wednesday, June 23, 2010
kasihku berubah
Wednesday, June 16, 2010
Aduyaiii Syamil!!!
Syamil memang anak yg tak reti duduk diam...mungkin hanya masa tidur adalah masa rehat...masa lain untuk main. Syamil lebih independent dr yop syakir..tak takut org..cepat mesra..mungkin ada benarnye kata org anak kedua lebih aktif dan agresif. Sikapnya yg tak duduk diam membuatkan aku jrg menerima ajakan kekawan yg acapkali menjemput kerumah, atau ke majlis makan2..alasan aku sukar mengawal anak2 terutama syamil...takut merosakkan majlis selalunya menolak jemputan jika suami tak turut serta. sehingga la satu hari rakan menegur.." budak2 memang la macam tu tak duduk diam..kalau diam je tak aktif lain pulak jadinya". Btol jugak....semenjak itu aku biarkan dia bermain...biar dia meneroka alamnya aku juga bawak ke majlis antaranya mkn mlm student final year..walaupun tak senang duduk dan tak senang makan ( syamil hampir jatauh dlm longkang ketika ligat bermain kejar2 dgn rakan sebaya..sempat aku menyambar tangannya).
berderai sebelah pintu kabinet tv...gambar diambil setelah membersihkan sisa kaca
sebagai hukuman aku tak menolong dia...biar dia menangis
Tuesday, June 15, 2010
hepi bday syakir
menunggu kek di packing oleh mak ana tak sabar nak makan
sempat possing...
aikkk kenapa ada jersi chelsea lak kt kek...ini boleh menimbulkan kemarahan abah peminat setia ManU.
sesampai di hotel sabak..memang btol2 tak sabar
potong kek dgn abah
semoga syakir sentiasa menjadi anak yg soleh, org yang berilmu, diberi kesihatan yang baik dan dapat membahagiakan semua org insyaAllah