Tuesday, December 22, 2009
lama menyepi
Thursday, November 26, 2009
salam eidul adha
salam..
di opis suasana dh sunyi, hampir semua student dan staff dh mula bercuti...aku masih mengadap pc dan menyiapkan beberapa tugasan yang kena anta minggu dpn...malam ni baru aku bertolak balik ke perak bersama famili. jarang benar mendengar takbir raya dlm perjalanan pulang ke kg..tapi takde hal jarak nye cuma 1 jam perjalanan..ni pun lambat balik sbb menunggu hubby aku yg dr port klang..
semperna hari raya eidul adha ini marilah sama-sama kita menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Apa pula pengorbanan kita sebagai hamba Allah??
Juga selamat menjalani puasa sunat pada hari ini semoga ibadah kita dikurniakan pahala berlipat ganda. insyaAllah...
Monday, November 23, 2009
berehat dikampung (part 2)
bangun awal pagi ingatkan nak ikut atok pegi kedai kopi...rupa2nye kena kutip durian dulu
Monday, November 9, 2009
berehat di kampung
seronoknye menghabiskan masa hujung minggu di kampung...tambah2 lagi skrg ni musim durian memang tengah rancak tapi malang takde gambar sebagai bukti mkn durian..tak sempat nk snap. so attached gambar skit je ... ape2 layan je la
Thursday, November 5, 2009
tempat jatuh lagi dikenang...
Sekiranya Anda ke Johor Bahru, singgahlah ke Food Court Plaza Angsana untuk merasakan sajian khas dari Johor Bahru iaitu Mee Rebus Haji Wahid.
Mee Rebus berharga RM3.50 sepinggan itu diadun khas dengan keropok, tauge, telur pindang, potongan lada hijau, taburan bawang goring disulami dengan perahan limau nipis sekiranya mahu. Apa yang menyebabkannya istimewa ialah adunan mee kuning dan tauge yang disirami dengan kuah pekatan kentang
Keluarga Haji Wahid memulakan usaha ini sejak 1919. Ia Bermula sejak tiga generasi lalu dari Basid Ali Karam Ali - Wak Baidali yang menjual mee rebus setiap hari dengan menggunakan kandar dua keranjang rotan yang dipikul di sekitar Bukit Zaharah dan Kampung Air Molek.
Pada 1938, anaknya Haji Wahid Basid Ali mengambialih tugasnya dan menjadi satu-satunya penjual mee rebus di antara penjual sate di Satay Club, di seberang stasiun KTM Johor Bahru.
Pada 1978, Haji Wahid berpindah ke terminal bus Jalan Terus sementara anaknya Haji Halim, membuka kedai Mee Rebusnya pada sebelah petang di Tepian Tebrau
Tujuh daripada 12 anak Haji Wahid dan dua cucunya melanjutkan perniagaan ini di Taman Rinting, Larkin Market food Court, Kampung Melayu dan di sebelah masjid Kolam Air. Cawangan di luar Johor yang diusahakan oleh anak-anak Haji Wahid ialah di Presint 9,Putrajaya di bawah pengurusan Zainal, di Section 24 Shah Alam oleh Yassin yang dahulunya berniaga di Tepian Tebrau, JB, dan di Sri Hartamas yang diusahakan oleh Nasir yang dahulunya berniaga di Komplek Kotaraya, J.Bahru.
Monday, November 2, 2009
happy b'day Syamil
Monday, October 19, 2009
btol ke ke hari ni???
My boss kidnapped
Employees of a Company are all worried. Some are roaming around. Some are in Loud discussions during office time.....Some Trainees, who had just joined, noticed this and enquired about what happened to a senior employee, they asked, "What's going on?""Terrorists have kidnapped our Boss"They're asking for US 10000 Crores ransom, otherwise they're going to douse him with petrol and set him on fire.We're going from desk to desk, taking up a collection."One Trainee asks, "How much is everyone giving, on average?............."About 1 litre."
Tuesday, October 13, 2009
Monday, October 12, 2009
bila syamil tak sihat...
minum susu on the way pegi klinik..nk pegang botol pun tak larat
Wednesday, October 7, 2009
Makan2 sebulan raya
ni pulak sambutan hari raya kat taska syakir, meriah dan pastinye byk makanan
satay hut tanjung karang
masa tunggu order syakir sempat menguap 2 3 kali...ngantok dh pkl 10 lm ni
ABC nye memang mengujakan
sate ni saiz besor harga rm 1.10 makan 3 cucuk pun dh kenyang bleh order 60 sen punya jugak
sate hut bleh kira okay la tapi takbleh lawan sate sahmuri....beza pada kuah kacangnye ...alahai..rasa lapar lak masa tengah menaip ni (posa 6..hari ni insyaAllah yang ke 4) Jumaat ni nk pekene sate kajang la kt elmina pulak ler.
Thursday, September 17, 2009
Salam Lebaran
Wednesday, September 16, 2009
Tol free ke pantai timur..ada berani???
Monday, September 14, 2009
alahai tudung raye aku
Thursday, September 10, 2009
senyum lah....
kat sini aku kongsikan beberapa info semoga kita sentiasa tersenyum walaupun dlm berduka...tapi jgn senyum sorang2 dah la...
Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".
Wednesday, September 2, 2009
Bila dua beradik bertemu
on the way pegi pasar ramadhan....mak ana blanje aiskrim...pau la mak ana sblm dia kawin
Tuesday, September 1, 2009
jejak kasihan di pasar ramadhan
yang tengah sebok mesin tebu tu kawan aku masa skolah dulu..tokeh air tebu...malang kali ni aku tak sempat bersembang...dia byk customer....sian jebon ni( nama betol abu bakar ntah la apsal panggil jebon) bininye mengajar kat johor..
Friday, August 28, 2009
pagi jumaat yang rahmat
sejak malam tadi hujan lebat kt umah sewa aku. memang sedap menarik selimut risau jugak takut banjir...btol2 blakang umah aku ni ada parit besar memang kalau hujan lebat air bleh melimpah..pagi tadi hantar syakir n syamil aku menarik nafas lega...syakir tak menangis hantar ke taska buat PERTAMA kalinya semenjak aku berpindah ke sabak bernam ni...alhamdullilah syakir dah berubah....memang hujan turun malam dan pagi tadi membawa rahmat pada aku (kalau sblm ni aku kena mendukung syakir setiap kali dr kereta ke taska itu tak termasuk meronta2 taknak masuk taska)...tension btol...sabor je la..
Thursday, August 6, 2009
H1N1 membimbangkan
sedikit info H1N1 untuk dikongsi bersama semoga kita mengambil langkah berjaga2
Kepada sesiapa yang terdiri dari golongan di bawah ini anda akan mempunyai risiko yang tinggi berbanding orang lain jika dijangkiti selsema babi.
Mereka ialah :-
Wanita mengandung
*Obesiti*Penghidap asma
*Pesakit paru-paru kronik
*Pesakit diabetes
*Pesakit yang mempunyai imuniti rendah
Oleh itu jika keluarga anda terdiri dari salah satu dari kumpulan di atas bertindaklah dengan cepat jika ada tanda-tanda demam dan sebagainya
Monday, August 3, 2009
Nurzihanie dalam kenangan....
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman Amin....al-fatihah.